Search now...what are you waiting for

Saturday, November 5, 2011

Mamak Bistro

Lepas balik memancing, terus singgah kat Mamak Bistro sebuah Bistro di Subang Jaya.
Pelayan Mamak Bistro yang berbangsa mamak ambil order ambo berupa roti canai 2 keping banjir dan Neskepi 'o' ais.

Selesai urusan nafkah perot, ambo ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, ambo syak mamak bistro ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, ambo rasa ada hak untuk guna wifi Mamak Bistro tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop ambo prompt
satu window tanya password..

"Dey mamak, sini kejap" ambo memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

"Yes boss?"

"Sini wifi aper dia punya password?"

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan ambo masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat ambo macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

ambo pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas ambo tekan 'OK'

Ting..tong.. laptop canggih ambo prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati ambo dah start panas, mentang-mentang ambo makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus ambo memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" ambo tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata ambo sambil geleng kepala.

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Ambo terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah saya datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' (7777) boleh tak?"

Citttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

No comments:

Post a Comment